Recent Posts

Sunday, November 1, 2009

IMPIAN

IMPIAN yang lebih dikenali sebagai Institut Masalah Pembelajaran & Autisme merupakan sebuah pertubuhan swasta yang disokong oleh Kementerian Kesihatan, Kementerian Wanita & Keluarga serta Jabatan Kebajikan letaknya di No.4 Persiaran Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur (Tel:03-40220308 Fax:03-40210103/41089388). Institut ini ditubuhkan atas kesedaran tentang keperluan penjagaan dan latihan bagi kanak-kanak bekeperluan khas ini.

Kanak-kanak autisme selalunya kelihatan normal sama seperti kanak-kanak biasa namun perlakuan mereka adalah tidak normal. Kebanyakan kanak-kanak autisme tidak mampu berkomunikasi, mempunyai masalah tingkahlaku, imaginasi tinggi, kesukaran belajar, masalah kecelaruan mental dan sebagainya. kanak-kanak ini selalunya tenggelam dalam dunianya sendiri. Kebanyakan kanak-kanak autisme mengalami terencat akal. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja. Hal ini memberikan kesukaran kepada penjaga untuk menguruskan mereka.

Melihat kepada permasalahan ini, IMPIAN memberikan sinar harapan kepada penjaga yang mempunyai anak-anak autisme. Pusat ini memberikan tunjuk ajar dan didikan kepada kanak-kanak autisme supaya mereka mampu menjalani sedikit hidup yang lebih bererti. IMPIAN menawarkan beberapa program seperti program komputer, program bertutur dan fisioterapi. Kanak-kanak autisme di pusat ini juga diberi latihan muzik, aktiviti kerja-tangan, pencucian, memasak dan sebagainya. Bahkan ada diantara kanak-kanak atau individu di pusat ini telahpun diberi peluang bekerja di kedai-kedai mengikut kemahiran mereka.

Melihat kepada kesungguhan kakitangan IMPIAN, berbagai-bagai program dilaksanakan bagi mendapatkan bantuan kewangan supaya dapat menjana pendapatan untuk disalurkan ke pusat ini. Antaranya acara sukan, acara perlancaran karnival tabung kebajikan dan pendidikan, dan sebagainya. IMPIAN kini mempunyai sedikit masalah dimana mereka kekurangan tenaga pengajar. Justeru individu yang ingin menyumbangkan bakti mereka bolehlah menghubungi En. Madhya Zhegan (Penyelaras Program, Kurikulum & Diagnostik) di alamat yang tertera diatas.

0 comments:

Post a Comment